Tuesday, December 9, 2008

Alamat Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada pelanggan yang dihormati sekalian di atas sokongan dan dorongan serta kritikan membina yang diberi selama ini. Dan disebabkan sokongan anda semua selama ini juga Cantiquemanis telah berpindah ke tempat baru bagi memenuhi kehendak pelanggan semua. Kami telah berpindah ke
No 22-1 (1st floor),
Jalan Sulaiman 1,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang.
Kami juga menyediakan khidmat sewaan kostum untuk majlis makan malam atau parti berpakaian beragam. Studio gambar juga disediakan kepada para pengantin atau mana-mana pelanggan yang berminat untuk mengambil gambar sebagai kenang-kengangan. Sila hubugi kami untuk temujanji. Jumpa anda disana nanti yaa!.....
~rosie~
cantiquemanis.com
cantiquecostume.com
cantiquestudio

Saturday, October 11, 2008

Salam Lebaran

Asssalamualaikum,
Salam Lebaran diucapkan kepada semua pembaca blog Cantiquemanis. Diharapkan Raya tahun ini lebih meriah dan bermakna kepada anda semua. Inilah masanya untuk kita bermaaf-maafan dan berjumpa dengan sanak saudara dan rakan taulan, yang sudah lama tidak bersua. Bersempena dengan bulan Syawal ini, pihak cantiquemannis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami berurusan dengan anda semua.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Hati-hati di jalan raya.
~rosie cantiquemanis.com~

Wednesday, September 17, 2008

Organizer

Organizer bercorak batik, hasil kraftangan Malaysia. Amat cantik dan sesuai untu dipakai atau dihadiahkan kepada orang lain. Terdapat dalam pelbagai warna dan corak.
Harga RM55.00 setiap satu.


Organizer eksklusif bercorak songket. Terdapat dalam pelbagai warna dan corak. Harga RM65 setiap satu.

~rosie@cantiquemanis.com~


Bunga sabun


Hiasan bunga sabun di dalam kotak ini sunguh cute dan comel sekali untuk dijadikan cenderahati kepada para tetamu. Terdapat dalam pelbagai warna.
Harga RM3.00 setiap satu
500pcs ke atas harga RM2.70
Hubungi rosie 017. 330 8835 atau rosie@cantiquemanis.com
~rosie~

Kotak batik

Kotak batik ini bersaiz 3 x 3 x 3 inc. Sesuai dijadikan cenderahati istimewa atau kotak hadiah kepada para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan anda nanti. Harga RM12 setiap satu.


Kotak batik ini pula bersaiz 6 x 4 inc dan tinggi 2 inch. Terdapat dalam pelbagai pilihan warna sesuai dijadikan kotak hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang atau sesiapa sahaja. Harga RM 22.90 setiap satu.

~rosie cantiquemanis.com~ 017. 330 88 35

Mini Labu Sayong

Labu Sayong, warisan berzaman. Mini labu Sayong ini boleh dijadikan cenderahati kepada para tetamu yang hadir. Corak terdapat dalam pelbagai warna. Harga sebiji RM3.90. Tempahan 500 biji ke atas harga RM3.50 sebiji. Hubungi Rosie 017. 330 88 35 untuk tempahan.

~rosie cantiquemanis.com~

Thursday, August 28, 2008

Hamper Hari Raya


Hamper Hari Raya kod HM002 (RM135)

Hamper Raya kod HM003 (RM140)

Hamper Hari Raya

Hamper Hari Raya kod HM001(RM75)
Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah hamper ini bolehlah menghubungi rosie di 017. 330 8835 @ rosie@cantiquemanis.com.

Saturday, August 16, 2008

Sirih junjung






Pelbagai koleksi sirih junjung untuk tatapan semua. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menempah sirih junjung daripada cantiquemanis.com. Harga bermula dari RM60.


Terima kasih daun keladi, lain kali singgahlah lagi www.cantiquemanis.com

Kotak kayu



Kotak kayu ini amat menarik serta cantik sebagai bekas hantaran. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi rosie di no 017.330 88 35 untuk maklumat lanjut.

rosie@cantiquemanis.com

Bekas kayu untuk hantaran



Dulang kayu berukir sebagai bekas hantaran. Kepada para peminat gaya klasik dan traditional, bolehlah menyewa dulang kayu ini sebagai pelengkap bekas hantaran. Sesuai digayakan bersama bekas kayu yang lain. Sila layari laman web www.cantiquemanis.com untuk melihat lebih banyak pilihan.

~rosie.cantiquemanis.com~

Thursday, August 14, 2008

Bunga pahar untuk pelamin Kaybee dan Niza


Bunga telur ini pula untuk bunga pahar pelamin Kaybee dan Niza. Tema untuk warna pelamin mereka adalah putih... di hiasi dengan warna hijau. Ala-ala hijau bumi Tuhan gitu kan.... hehe ...

Bunga telur untuk merenjis Kaybee & Niza


Bunga telur dari bunga dip adalah untuk tetamu menepung tawar bagi majlis perkahwinan Kaybee & Niza. Oleh kerana terdapat dua pasang pengantin, maka banyaklah juga bunga telur nya. Yang warna pink untuk tetamu wanita dan warna biru untuk tetamu lelaki. Sesiapa berminat bolehlah hubungi saya di 017.330 8835 rosie.

Kaybee & Niza








Ini adalah vip gift untuk majlis perkahwinan Kaybee dan Niza pada 020808. Mereka memilih untuk berkahwin serentak pada hari yang sama, Kaybee(kakak) Niza( adik).Cantik betul selepas di make up, berseri-seri... hehe yelah seri pengantin baru katakan....









080808

Assalamualaikum dan selamat hari-hari kepada semua. Sudah terlalu lama saya tidak berkesempatan untuk menulis dalam blog cantiquemanis ni. Terlalu sibuk dengan tugas dan kerja yang diamanahkan kepada saya. Hari ini baru ada kelapangan (sebenarnya mood) untuk menulis blog ini.

Ramai yang memilih 080808 untuk melangsungkan pernikahan tak kurang juga yang bertunang. Mungkin juga kerana tarikh tu banyak no 8, jadi 'ong'lah kiranya.. Kebetulan pula tarikh tu jatuh pada hari Jumaat. Itu yang bagus banget kalau bernikah pada tarikh tersebut. Tapi kaum Cina tak pula berkahwin pada bulan ini, kerana bulan ni merupakan bulan hantu. Dan mengikut kepercayaan mereka tidak boleh berkahwin pada bulan hantu. Walaupun pada tarikh 080808 yang menjadi rebutan ramai pengantin baru.

Hmmm..entahlah ..terpulang pada diri sendiri, Tepuk dada tanyalah selera. Yang penting majis tersebut dirahmati dan berjalan dengan lancar. Itu yang paling penting.

Terima kasih

rosie.cantiquemanis.com.

Tuesday, April 22, 2008

Bumi kita

Assalamualaikum semua. Hari ini, 23 April merupakan hari mengingati BUMI kita. Sudah tua benar rupanya BUMI kita ini ye.Selepas menonton rancangan di HBO tadi, wah menggerunkan! Memang benar lama kelamaan BUMI ini akan ditenggelami air. Dengan cairnya ais di Kutub Utara. Apabila ditunjukkan secara grafik tadi banyak negara-negara yang besar bakal ditenggelami air. Apatah lagi negara kita yang besarnya tak seberapa ini. Terfikir pula apakah sumbangan diri ini dalam menyelamatkan BUMI ini. Hmm ape ya? Ape yang telah aku lakukan dalam usaha menyelamatkan BUMI yang dicintai ini. Alamak! Takde ape lah..Hmmm... Kena start dari sekarang ni. Kena kitar semula, jimatkan penggunaan elektrik, guna sabun basuh yang boleh dibiodegradasi hmmm.. wah banyak kalau nak tulis semua. Takpe-takpe yang penting sekarang adalah mulakan dari saat ini. Kalau berazam je tapi tak mulakan pun susah jugalah kan. Hehe.. okaylah semua sama-samalah kita fikirkan bersama. Dan sama-samalah kita mulakan usaha untuk selamatkan BUMI kita ini. Love you all...

~rosie cantique~

Wednesday, April 16, 2008


Kek hantaran ini ditempah oleh Encik Loney Shah buat tunang tersayang. Katanya tunangnya suka warna pink Jadi dia nak warna tema untuk hantarannya warna pink. Jarang lelaki berminat dengan warna pink ni. Tapi Encik Loney ni tak kisah pun. 27 March 2008.

~rosie cantique~


Posted by Picasa

Tuesday, April 15, 2008

Paper box

Hai semua, kotak kertas yang comel ini amat sesuai dijadikan cenderahati untuk tetamu yang hadir ke majlis anda. Bukan sahaja comel malah ianya amat menarik sekali. Sila buat tempahan seawal 2 bulan. Tempahan minimum adalah 300 unit. Sila hubungi rosie di rosie@cantiquemanis.com atau 017.3308835 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

~rosie cantique~


http://picasaweb.google.com/cantiquemanis/PaperBox



Posted by Picasa

Koleksi bunga telur cantiquemanis

Pelbagai himpunan bunga telur cantiquemanis untuk tatapan anda semua. Bunga telur ini diperbuat daripada kristal dip. Jika anda mahukan sesuatu yang lain dari biasa atau anda seorang yang sukakan kelainan bolehlah menempah bunga telur ini. Warna boleh dipilih mengikut warna pilihan anda. Harga bermula daripada RM7.50 ke atas. Tempahan hendaklah dibuat seawal 2 bulan. Jika berminat hantarkan pertanyaan anda ke rosie@cantiquemanis.com @ hubungi rosie di 017.3308835. Terima kasih. ~rosie cantique~

http://picasaweb.google.com/cantiquemanis/HimpunanBungaTelur



Thursday, April 10, 2008

Loney shah engagement




Ini pula gubahan untuk majlis pertunangan Loney Shah dan Juliana. Hai kesian Lone nih. Masa dia jumpa i hari tu mengadu kata memang tak tau ape-ape pasal hantaran nih. Sampai pening-peninglah katanya. Takyah pening-peninglah lone.. ni baru tunang. Belum kahwin lagi.. banyak lagi perkara hendak dipeningkan nanti..relaks je... orang kata jangan menongkah arus.... ape nak jadi terima je dengan hati terbuka dan tenang... barulah 'cool'!! (cakap memanglah senang rosie oiii katanya)hehe.. sorylah lone gurau je. jangan maraaaa aaa..... -27 Mac 2008-


~rosie cantique~


Wednesday, April 9, 2008

garden cage


Assalamualaikum semua. Garden cage di atas ni adalah untuk Zurah Ariza yang bakal melangsungkan pertunangannya akhir bulan ini nanti. Nak tau tak berapa dulang dia nak hantar? 25 dulang! Jangan terkejut yaa! hehe.. masa i dengar tu pun tergezut gaklah.... banyaknya.. ni baru tunang.. lagi satu benda yang bermain di kepala adalah.. ape lah barang yang nak dihantar untuk cukupkan 25 tu.. katanya dari sebelah lelaki nak bagi 23 dulang..jadi dia terpaksa la balas 25. Takpelah anggaplah itu sebagai sedekah Zura. Bagi banyak makanan nanti makin murah rezeki... makin masyuk ke lepas kahwin nanti. Siapa yang untung mereka dan keluarga mereka jugak...hehehe.. Salammm...
~rosie cantique~

Monday, April 7, 2008

Cakes nyum nyum


Hai semua. Hehe rajin pula nak menekan keyboard malam ni. Dipersembahkan kek perkahwinan untuk adik Kak Al. Simple but so sweet... Ala-ala English style gitu.... Semoga berbahagia ke anak cucu..Amin... Pandan Lake Club 4 April 2008 ~rosie cantique~

Sunday, April 6, 2008

LOVE!!


Assalamualaikum semua, ini adalah kali pertama aku menulis blog sendiri. Selama ini aku selalu mendengar tentang blog... masih belum terbuka pintu hati ini untuk menulis blog sendiri sehinggalah ke malam ini. Tiba-tiba saja tergerak hati ini untuk menekan keyboard pada malam ini.
Pada malam ini aku ingin bercerita tentang gambar di atas. Lambang cinta dan sayang yang dilukis di atas pasir pantai. Kadang-kadang aku bertanya adakah hati ini seperti pasir-pasir di pantai tersebut. Sekali dilanda ombak akan berubah seperti yang selalu kita dengar sekali air bah sekali pantai berubah. Maksudnya sekali dilanda masalah sekali hati berubah. Atau ianya hanya sebagai perumpamaan orang-orang dahulu yang selalu mengambil contoh perkara-perkara di sekeliling untuk dijadikan tauladan.
Ataupun hati ini mampu menjadi pasir pantai yang setia setiap masa menunggu ombak yang tidak pernah jemu menghempas pantai. Walau kadang-kadang ombak menjadi begitu ganas dan garang, tetapi pasir-pasir pantai itu masih lagi di situ menanti dengan setia. Menjadi pasangan yang tidak dapat dipisahkan seperti ombak dan pantai, alangkah bahagianya kan.
Entahlah semua itu adalah ketentuan Ilahi. Semuanya telah tertulis di Luh-Mahfuz. Segala Qada dan Qadar yang telah ditetapkan untuk kita sebagai hambaNya.Dan aku akan terima dan percaya bahawa itu adalah yang terbaik untuk diri ini kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. Aku cuma mampu berharap dan berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam apa juga yang ku lakukan sementara masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berkelana di bumi Tuhan yang semakin tua ini. Wasalam
~rosie cantique~