Assalamualaikum dan selamat hari-hari kepada semua. Sudah terlalu lama saya tidak berkesempatan untuk menulis dalam blog cantiquemanis ni. Terlalu sibuk dengan tugas dan kerja yang diamanahkan kepada saya. Hari ini baru ada kelapangan (sebenarnya mood) untuk menulis blog ini.
Ramai yang memilih 080808 untuk melangsungkan pernikahan tak kurang juga yang bertunang. Mungkin juga kerana tarikh tu banyak no 8, jadi 'ong'lah kiranya.. Kebetulan pula tarikh tu jatuh pada hari Jumaat. Itu yang bagus banget kalau bernikah pada tarikh tersebut. Tapi kaum Cina tak pula berkahwin pada bulan ini, kerana bulan ni merupakan bulan hantu. Dan mengikut kepercayaan mereka tidak boleh berkahwin pada bulan hantu. Walaupun pada tarikh 080808 yang menjadi rebutan ramai pengantin baru.
Hmmm..entahlah ..terpulang pada diri sendiri, Tepuk dada tanyalah selera. Yang penting majis tersebut dirahmati dan berjalan dengan lancar. Itu yang paling penting.
Terima kasih
rosie.cantiquemanis.com.
Thursday, August 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment