Monday, May 4, 2009

Pelamin Mini







Pelamin mini untuk majlis bertunang atau nikah. Sila hubungi saya untuk pertanyaan.



rosie@cantiquemanis.com 017.330 8835 -rosie-






Monday, April 6, 2009

Sunday, April 5, 2009

Alamat dan Map ke cantiquemanis

Kami telah lama berpindah ke Taman Putra Sulaiman, Ampang. Tetapi ada sesetengah pelanggan lama yang tidak tahu. Jadi di sini saya ingin memberitahu alamat dan map terbaru untuk ke kedai.

22-1 Jalan Sulaiman 1,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang,
Selangor.
Tel: 03. 4270 4330 / 017. 330 8835

Wednesday, April 1, 2009

Hantaran Bunga Halwa

Ramai yang bertanyakan pada saya, bagaimana caranya untuk membuat bunga halwa. Di sini saya tunjukkan cara-caranya. Diharapkan ini dapat memberikan anda maklumat mengenai bunga halwa sedikit sebanyak.


1) Bahan-bahan:- Betik, kapur, gula, pencungkil gigi, pisau yang sesuai.


2) Kupas kulit betik untuk dibentuk menjadi daun.

3) Bentukkan kulit betik tadi menjadi bentuk daun. Buat seberapa banyak yang dapat dari kulit daun betik tadi.
4) Potong isi betik untuk dibentuk menjadi kelopak bunga.
4) Kemudian rendamkan daun serta bunga yang telah dibentuk tadi dengan air kapur selama satu malam. Keesokan harinya daun dan bunga yang dibentuk tadi hendaklah direbus dengan air gula serta dicampurkan dengan sedikit pewarna mengikut kesukaan. Setelah air rebusan tadi sejuk barulah boleh diangkat. Jika tarikh majlis masih jauh lagi, bahan-bahan rebusan tersebut boleh terus disimpan dalam peti sejuk.



5) Potong separuh betik untuk dijadikan tapak hiasan. Gunakan pencungkil gigi untuk melekatkan bunga dan daun halwa pada tapak hiasan.


6) Cucukkan bunga halwa tadi pada pencungkil gigi. Susunkan bunga mengikut bentuk yang diinginkan.



7) Beginilah contoh bunga halwa yang telah disusun.




8) Kemudian susunkan pula kulit betik yang dibentuk menjadi daun di sekeliling bunga tadi.




9) Beginilah contoh gubahan bunga halwa yang diperbuat dari betik muda. Semoga anda semua dapat mencubanya sendiri di rumah nanti.
Terima kasih.
~rosie~
cantiquemanis.com



































Friday, January 9, 2009

cantiquecostume.com


Cantiquecostume.com dibuka kini untuk memudahkan anda mencari kostum atau fancy dress bagi menghadiri majlis makan malam @ parti. Kami menyediakan perkhidmatan sewaan pakaian kepada anda dengan harga berpatutan. Pelbagai jenis pakaian boleh didapati seperti fancy dress, halloween, pirate, rome, egypt, kids costume dan lain-lain lagi. Hubungi kami di 03-42704330 @ rent@cantiquecostume.com. Layarilah laman web kami untuk melihat contoh kostum http://www.cantiquecostume.com/.

Tuesday, December 9, 2008

Alamat Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada pelanggan yang dihormati sekalian di atas sokongan dan dorongan serta kritikan membina yang diberi selama ini. Dan disebabkan sokongan anda semua selama ini juga Cantiquemanis telah berpindah ke tempat baru bagi memenuhi kehendak pelanggan semua. Kami telah berpindah ke
No 22-1 (1st floor),
Jalan Sulaiman 1,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang.
Kami juga menyediakan khidmat sewaan kostum untuk majlis makan malam atau parti berpakaian beragam. Studio gambar juga disediakan kepada para pengantin atau mana-mana pelanggan yang berminat untuk mengambil gambar sebagai kenang-kengangan. Sila hubugi kami untuk temujanji. Jumpa anda disana nanti yaa!.....
~rosie~
cantiquemanis.com
cantiquecostume.com
cantiquestudio

Saturday, October 11, 2008

Salam Lebaran

Asssalamualaikum,
Salam Lebaran diucapkan kepada semua pembaca blog Cantiquemanis. Diharapkan Raya tahun ini lebih meriah dan bermakna kepada anda semua. Inilah masanya untuk kita bermaaf-maafan dan berjumpa dengan sanak saudara dan rakan taulan, yang sudah lama tidak bersua. Bersempena dengan bulan Syawal ini, pihak cantiquemannis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami berurusan dengan anda semua.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Hati-hati di jalan raya.
~rosie cantiquemanis.com~