Sunday, April 6, 2008

LOVE!!


Assalamualaikum semua, ini adalah kali pertama aku menulis blog sendiri. Selama ini aku selalu mendengar tentang blog... masih belum terbuka pintu hati ini untuk menulis blog sendiri sehinggalah ke malam ini. Tiba-tiba saja tergerak hati ini untuk menekan keyboard pada malam ini.
Pada malam ini aku ingin bercerita tentang gambar di atas. Lambang cinta dan sayang yang dilukis di atas pasir pantai. Kadang-kadang aku bertanya adakah hati ini seperti pasir-pasir di pantai tersebut. Sekali dilanda ombak akan berubah seperti yang selalu kita dengar sekali air bah sekali pantai berubah. Maksudnya sekali dilanda masalah sekali hati berubah. Atau ianya hanya sebagai perumpamaan orang-orang dahulu yang selalu mengambil contoh perkara-perkara di sekeliling untuk dijadikan tauladan.
Ataupun hati ini mampu menjadi pasir pantai yang setia setiap masa menunggu ombak yang tidak pernah jemu menghempas pantai. Walau kadang-kadang ombak menjadi begitu ganas dan garang, tetapi pasir-pasir pantai itu masih lagi di situ menanti dengan setia. Menjadi pasangan yang tidak dapat dipisahkan seperti ombak dan pantai, alangkah bahagianya kan.
Entahlah semua itu adalah ketentuan Ilahi. Semuanya telah tertulis di Luh-Mahfuz. Segala Qada dan Qadar yang telah ditetapkan untuk kita sebagai hambaNya.Dan aku akan terima dan percaya bahawa itu adalah yang terbaik untuk diri ini kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. Aku cuma mampu berharap dan berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam apa juga yang ku lakukan sementara masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berkelana di bumi Tuhan yang semakin tua ini. Wasalam
~rosie cantique~

1 comment:

Anonymous said...

Sekali ombak melanda.. pastinya pantai akan berubah..

Kini cinta hanya pada nafsu, sekuat mana mempertahankan cinta belum tentu dapat menentang nafsu.

Manakala nafsu tidak perlukan cinta, kerana nafsu seperti ombak yang membadai pantai. Bergelora menghempaskan diri memecah pantai.