Assalamualaikum semua. Hari ini, 23 April merupakan hari mengingati BUMI kita. Sudah tua benar rupanya BUMI kita ini ye.Selepas menonton rancangan di HBO tadi, wah menggerunkan! Memang benar lama kelamaan BUMI ini akan ditenggelami air. Dengan cairnya ais di Kutub Utara. Apabila ditunjukkan secara grafik tadi banyak negara-negara yang besar bakal ditenggelami air. Apatah lagi negara kita yang besarnya tak seberapa ini. Terfikir pula apakah sumbangan diri ini dalam menyelamatkan BUMI ini. Hmm ape ya? Ape yang telah aku lakukan dalam usaha menyelamatkan BUMI yang dicintai ini. Alamak! Takde ape lah..Hmmm... Kena start dari sekarang ni. Kena kitar semula, jimatkan penggunaan elektrik, guna sabun basuh yang boleh dibiodegradasi hmmm.. wah banyak kalau nak tulis semua. Takpe-takpe yang penting sekarang adalah mulakan dari saat ini. Kalau berazam je tapi tak mulakan pun susah jugalah kan. Hehe.. okaylah semua sama-samalah kita fikirkan bersama. Dan sama-samalah kita mulakan usaha untuk selamatkan BUMI kita ini. Love you all...
~rosie cantique~
Tuesday, April 22, 2008
Wednesday, April 16, 2008
Tuesday, April 15, 2008
Paper box
Hai semua, kotak kertas yang comel ini amat sesuai dijadikan cenderahati untuk tetamu yang hadir ke majlis anda. Bukan sahaja comel malah ianya amat menarik sekali. Sila buat tempahan seawal 2 bulan. Tempahan minimum adalah 300 unit. Sila hubungi rosie di rosie@cantiquemanis.com atau 017.3308835 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
~rosie cantique~
http://picasaweb.google.com/cantiquemanis/PaperBox
~rosie cantique~
http://picasaweb.google.com/cantiquemanis/PaperBox
Koleksi bunga telur cantiquemanis
Pelbagai himpunan bunga telur cantiquemanis untuk tatapan anda semua. Bunga telur ini diperbuat daripada kristal dip. Jika anda mahukan sesuatu yang lain dari biasa atau anda seorang yang sukakan kelainan bolehlah menempah bunga telur ini. Warna boleh dipilih mengikut warna pilihan anda. Harga bermula daripada RM7.50 ke atas. Tempahan hendaklah dibuat seawal 2 bulan. Jika berminat hantarkan pertanyaan anda ke rosie@cantiquemanis.com @ hubungi rosie di 017.3308835. Terima kasih. ~rosie cantique~
http://picasaweb.google.com/cantiquemanis/HimpunanBungaTelur
http://picasaweb.google.com/cantiquemanis/HimpunanBungaTelur
Thursday, April 10, 2008
Loney shah engagement
Ini pula gubahan untuk majlis pertunangan Loney Shah dan Juliana. Hai kesian Lone nih. Masa dia jumpa i hari tu mengadu kata memang tak tau ape-ape pasal hantaran nih. Sampai pening-peninglah katanya. Takyah pening-peninglah lone.. ni baru tunang. Belum kahwin lagi.. banyak lagi perkara hendak dipeningkan nanti..relaks je... orang kata jangan menongkah arus.... ape nak jadi terima je dengan hati terbuka dan tenang... barulah 'cool'!! (cakap memanglah senang rosie oiii katanya)hehe.. sorylah lone gurau je. jangan maraaaa aaa..... -27 Mac 2008-
~rosie cantique~
Wednesday, April 9, 2008
garden cage
Assalamualaikum semua. Garden cage di atas ni adalah untuk Zurah Ariza yang bakal melangsungkan pertunangannya akhir bulan ini nanti. Nak tau tak berapa dulang dia nak hantar? 25 dulang! Jangan terkejut yaa! hehe.. masa i dengar tu pun tergezut gaklah.... banyaknya.. ni baru tunang.. lagi satu benda yang bermain di kepala adalah.. ape lah barang yang nak dihantar untuk cukupkan 25 tu.. katanya dari sebelah lelaki nak bagi 23 dulang..jadi dia terpaksa la balas 25. Takpelah anggaplah itu sebagai sedekah Zura. Bagi banyak makanan nanti makin murah rezeki... makin masyuk ke lepas kahwin nanti. Siapa yang untung mereka dan keluarga mereka jugak...hehehe.. Salammm...
~rosie cantique~
Monday, April 7, 2008
Cakes nyum nyum
Sunday, April 6, 2008
LOVE!!
Assalamualaikum semua, ini adalah kali pertama aku menulis blog sendiri. Selama ini aku selalu mendengar tentang blog... masih belum terbuka pintu hati ini untuk menulis blog sendiri sehinggalah ke malam ini. Tiba-tiba saja tergerak hati ini untuk menekan keyboard pada malam ini.
Pada malam ini aku ingin bercerita tentang gambar di atas. Lambang cinta dan sayang yang dilukis di atas pasir pantai. Kadang-kadang aku bertanya adakah hati ini seperti pasir-pasir di pantai tersebut. Sekali dilanda ombak akan berubah seperti yang selalu kita dengar sekali air bah sekali pantai berubah. Maksudnya sekali dilanda masalah sekali hati berubah. Atau ianya hanya sebagai perumpamaan orang-orang dahulu yang selalu mengambil contoh perkara-perkara di sekeliling untuk dijadikan tauladan.
Ataupun hati ini mampu menjadi pasir pantai yang setia setiap masa menunggu ombak yang tidak pernah jemu menghempas pantai. Walau kadang-kadang ombak menjadi begitu ganas dan garang, tetapi pasir-pasir pantai itu masih lagi di situ menanti dengan setia. Menjadi pasangan yang tidak dapat dipisahkan seperti ombak dan pantai, alangkah bahagianya kan.
Entahlah semua itu adalah ketentuan Ilahi. Semuanya telah tertulis di Luh-Mahfuz. Segala Qada dan Qadar yang telah ditetapkan untuk kita sebagai hambaNya.Dan aku akan terima dan percaya bahawa itu adalah yang terbaik untuk diri ini kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. Aku cuma mampu berharap dan berusaha untuk mencapai yang terbaik dalam apa juga yang ku lakukan sementara masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berkelana di bumi Tuhan yang semakin tua ini. Wasalam
~rosie cantique~
Subscribe to:
Posts (Atom)